ADA APA DENGAN HONDA C70

August 8, 2008 at 3:43 pm | Posted in Machine | 5 Comments

salam…tgh2 buat keje td aku teringat kt suatu benda yg banyak b’jasa kpd aku. ni lah dia HONDA C70. aku stat gne moto ni sjk form6 spai abis degree….ps2 biler dh kje ni aku tukar pkai moto  lain sbb moto ni pakcik aku nk gune…hahahha.byk jase moto ni kt aku…..

p/s : kedua2 side mirror telah dicurik sewaktu kpsm 07/08….kurg ajar tul saper yg curik2

MAJLIS MAKAN MALAM

August 6, 2008 at 4:38 am | Posted in Event | Leave a comment

ALHAMDULILLAH….pada 22 mac yang lalu telah, majlis makan malam & penganugerahan kolej kelima bagi sesi 2007/2008 telah berlangsung dengan jayanya di Berjaya Times Square Hotel & Convention Center. majlis yang berlangsung dgn gilang-gemilang ini merupakan acara tahunan kolej kelima bagi meraikan para pelajar tahun akhir yg bakal b’graduat tidak lama lagi. pelbagai anugerah yang dipertandingkan pada malam itu, antaranya adalah anugerah budayawan/budayawanis, anugerah olahragawan/olahragawati, anugerah tunas harmoni, anugerah setia harmoni, anugerah panca harmoni, anugerah tinta harmoni, anugerah budi harmoni dan anugerah tertinggi pada malam itu adalah anugerah harmoni emas yang dianugerahkan kpd saudara Mohd Abdullah bin Ramli (presiden k5 2007/2008). tahniah kpd semua yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam ini…..semoga kolej kelima terus gemilang…sedikit gambar pengubat rindu ( kredit to shah yang ambil gmbr pd malam itu. aku tak ambil gambar sbb aku final year, kene duduk kt meja jadi vip…hehehe)

p/s: backdrop besar2 design by me…hikhik

MAJLIS ANUGERAH NAIB CANSELOR 2008

August 6, 2008 at 3:50 am | Posted in Event | Leave a comment

KENANGAN TERINDAH… Para penerima ANC kali ke 9 bergambar bersama Naib Canselor dan pegawai utama UPM

 ANUGERAH NAIB CANSELOR merupakan anugerah berprestij UPM yg diberikan kepada pelajar yang telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik. anugerah ini diberikan kepada pelajar tahun akhir yang mencapai sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
ANC edisi ke 9 pada tahun ini telah berlangsung pada 30 april 2008 bertempat di Putrajaya International Convention Centre ( PICC ). untuk edisi kali ni seramai 67 orang telah berjaya untuk menerima anugerah ini. Dan semestinya wakil kolej kelima tidak ketinggalan untuk menerima anugerah tersebut. antara pelajar kolej kelima yang menerima anugerah ini ialah saudara MOHD ABDULLAH RAMLI ( PAKLAH ), MOHD FAHMI ROSLAN ( KENCOR ), MOHAMAD JAFRI ( TEBU ), MAGESWARY SALVARAJOO ( MAGES ), THANALETCHUMI a/p SATHIANATHAN ( THANA ), ILI SYAZWANI ZAHIMI ( ILI ) dan yg terakhir adalah AKU ( xsangka aku pn blh dpt anugerah ni…hehe )….TAHNIAH kpd semua yang mendapat anugerah ini…

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.