MAJLIS KONVOKESYEN SITI & AISYAH

August 24, 2009 at 2:32 pm | Posted in Event | 11 Comments

Bismillahirramanirrahim…Alhamdulillah…setelah melalui 2 minggu yang sangat² sibuk, akhirnya dapat juga aku update blog. Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa, moga kalian berjaya meneruskan ibadat ini dgn sempurna. Oklah, kali ni aku nk share tentang gambar konvo pulak. Kali ni aku diamanahkan oleh siti untuk merakamkan detik² indah beliau konvo.

Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian hujan ditambah dengan ribut telah melanda upm dan kawasan sekitarnya. Kesian pulak aku tengok para peniaga pada hari tu. Yela habis semua kanopi diterbangkan angin. Lagi bertambah kasihan adalah para graduan yang bergraduat pada sesi tersebut kerana tak dapat menyambut kegembiraan konvo bersama rakan² dan sanak saudara diluar dewan. maklumlah..hujan lebat…

Maka dengan itu, sesi photoshoot ini juga terpaksa ditunda ke hari lain. 2-3 hari jugaklah mencari hari yang sesuai untuk shoot, tapi asyik hujan je…huhu…akhirnya pada 12/8 berjaya jugak sesi photoshoot ni dijalankan. itu pun dijalankan selepas hujan berhenti. Nak tak nak, sesi ni terpaksa dilakukan sebab tarikh pemulangan jubah dah dekat…kalau xde jubah, macam mana nak shoot konvo..hehehehe…korang layan dulu gambar² ni…

Aku bernasib baik pada hari tu. Nak tau kenapa?…sebabnye pada masa tu ade lembu-lembu berkeliaran sedang meragut rumput di kwsn pokok ni…selama ni agak susah lembu-lembu ni nk main2 kt pokok tu..bile ade lembu ni, moment jadi best skitlah..hahahaha. Hajat dihati nak bwk siti dgn aisyah ni naik ke pokok tu, tapi mereka berdua takut sebab jubah kaler merah..baru je nak gerak ke arah pokok tu, ade 2 3 ekor lembu pandang semacam je…kekekke…xnak tanggung risiko dikejar lembu, so kitorang shoot dari jauh jelah…hahaha…ade banyak gambar yg aku shoot, tapi atas permintaan empunya diri, aku kongsi yang ni jelah..hehe…

nota kaki : selamat berpuasa kpd umat islam seluruh dunia…

MAJLIS PERKAHWINAN JUNAINAH & RIZWAN

August 10, 2009 at 10:42 am | Posted in Wedding | 10 Comments

Bismillahirramanirrahim…hujung minggu yang padat dengan segala macam hal. konvo rakan² lah, kenduri kawen lah, member² berkampung dirumah aku lah, pesta floria lah dan macam² lagi…hahaha…lps ni aku update satu persatu k..untuk entry kali ni, aku nak ceritakan tentang majlis perkahwinan sahabt baik aku masa same2 belajar kt upm dulu. ..

Junainah @  jun adlh seorang budak yang super duper aktif…wakakaka..yela mase kt kolej ni segala sejenis sukan dia main. hoki, futsal, bola baling, ragbi sentuh, sofbol & mcm² lagi lah…semua dia main…tapi bola jaring je dia tak main sbb??…dia ni jenis ganas…so ape barang wanita ganas main bola jaring…kekekkekekeke…lagi satu dia ni la yang sama² belajar ambil gambar masa kt kolej…masa² gune kamera compact sony 3.2 megapixel untuk shoot segala event kolej dan sukan interkolej. ..hahaha…

Dan pada hari jumaat yang lalu, dia telah selamat diijabkabulkan dgn lelaki pilihan hati iaitu rizwan @ wan. Majlis persandingan diadakan pada keesokan harinya di Larkin, Johor. Aku bukan lah OP majlis ni. so x banyak gambar yang aku shoot, tapi adela skit gambar untuk tatapan korang…aku banyak makan je kt sane..hahahha…kepada budak² k5 @ upm yang admirer kt si jun selame ni..simpan jela niat korang ek. Dulu mmg dia ni ganas, perangai macam lelaki..tapi bila dia pkai baju pengantin, korang nilai sendiri la ek…mwahahha….kpd jun & wan, moga berbahagia ke anak cucu… so enjoy the pics….

nota kaki : selamat terbang ke uk ek jun & wan…

MAJLIS PERSANDINGAN DAN OUTDOOR HANIZA & HILMI

August 3, 2009 at 10:30 am | Posted in Wedding | 17 Comments

Bismillahirramanirrahim…entry kali ni adalah sambungan daripada entry lepas, berkenaan majlis perkahwinan Haniza & Hilmi yang diadakan di Sg. Besar, Sabak Bernam…kali ni aku nak update tentang majlis persandingan & outdoor. Memang best outdoor kali ni. Yelah outdoor kat sawah padi kan..Abis padi2 kat citu kitorang kerjakan…hahahaha…pada kali ni jugak aku banyak main dgn lense “mate ikan” milik sahabat aku. kebiasaannya dia yang banyak main dgn lense ni. tapi pada event ni lain skit…dia tinggalkan mate ikan dia2..almaklumlah…dia teracun dgn fast lense yang aku bwk…wakakakkakakkakaka…kalau nak tau sape org yang aku maksudkan tu, korang bace entry sblm ni…aku ade bagitau sape dia…mwahahhahaha…ok lah…korang layan lah gambar2 yang tak seberapa dari aku…

notakaki : aku masih lagi dikampung…malam ni aku bertolak balik ke serdang…doakan aku selamat sampai ye…

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.