KEHIDUPAN NELAYAN

May 21, 2009 at 1:46 pm | Posted in People | 11 Comments

Assalamualaikum…seperti dijanjikan pada entry lepas, aku akn update lagi gmbar² yang sempat aku shoot masa balik kampung baru² ni…entry kali ni adlh berkenaan kehidupan nelayan…jika disebut golongan ini, mesti ramai yang tidak tahu betapa sukarnye kehidupan mereka. Mereka keluar mencari rezeki ketika kita masih enak dan lena dibuai mimpi. Sasaran mereka adalah satu iaitu pulang dengan hasil tangkapan yang banyak. Tapi rezeki mereka tidak tidak boleh dijangka, ada kalanya pulang dengan hasil yang banyak dan ada ketikanya pulang hampa…Rezeki mereka juga bergantung kepada keadaan cuaca. Andai cuaca baik, mereka dapat turun ke laut dgn senang hati…sebaliknya pula bila cuaca hujan @ angin kuat, mereka tidak dapat turun ke laut ats sebab keselamatan…

Laut sudah sebati deengan kehidupan mereka…tanyalah pada mereka tentang laut, insyaALLAH mereka boleh bagi jawapannye.. “jika pada malam tersebut hujan, maka pada pagi keesokan harinya mereka tidak akan turun ke laut kerana ombak besar ditengah laut…” ni adalah petikan kata² daripada salah seorang nelayan yang sempat aku temui…jika tidak turun ke laut maka tiadalah rezeki mereka pada hari itu…bayangkan macam mana  kehidupan mereka di musim tengkujuh…(musim tengkujuh = nelayan tidak turun ke laut pada musim ini kerana laut bergelora)…

Sebelum aku merepek  lebih panjang, korang layan lah gambar² ni dulu ye..penggambaran dijalankan di Kampung Seberang Marang, Marang, Terengganu…best shoot kat cni coz kita xperlu minta kebenaran untuk abik gambar. Orang kat sini mmg sporting…hehehehe

nota kaki 1 : kisah nelayan diaats adlh nelayan kecil@nelayan pesisir  pantai..bukan nelayan laut dalam

nota kaki 2 : teringat kata² arwah atuk aku yang juga seorang nelayan…”hidup sebagai nelayan ni susah…tapi selagi kita ingat kepada-NYA…insyaALLAH…kehidupan ni boleh diteruskan..”..AL FATIHAH untuk beliau…

Advertisements

MASJID KRISTAL, TERENGGANU

May 8, 2009 at 2:51 pm | Posted in Natural | 4 Comments

Salam Harmoni buat pembaca blog aku…pada minggu lepas aku berkesempatan untuk balik kampung. Yelah, dh cuti 1 mei kan..so, aku sambung cuti sampai isnin..hahhahaha…bukan senang nak ade peluang macam ni kan…4 hari dikampung aku gunakan sebaiknye..dalam kepala aku dah ade target untuk shoot kat mane…ikutkan plan banyak tempat nak shoot, tapi tengok keadaan lah…bile dah ade kat kampung ni, banyak je hal yang datang…mak ajak pegi pasar lah, adik nak beli kasut sekolah lah…macam2…ni bukan rungutan, juz sbgai satu peringatan kepada diri sendiri & rakan2…kita sebagai anak janganlah sekali2 ingkar pada arahan mak @ ayah…ingat, siapa kita ni, dari mana asal kita..tanpa mereka siapalah kita kan….

ok lah, untuk edisi pertama jalan2 di terengganu ni aku nak kongsi gambar Masjid yang paling tersohor kat terengganu sekarang..masjid mane lagi..Masjid Kristal lah kan….haha..Masjid ni terletak di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man berdekatan dengan Kuala Terangganu…sape2 yang nak pegi terengganu lps ni boleh lah ajak aku..aku jadi tourist guide…mwahahahhaa…jom saksikan gambar ni…adios…

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.