MAJLIS PERNIKAHAN RAHIM & BALQIS

March 23, 2010 at 2:09 pm | Posted in Wedding | 6 Comments

Bismillahirramanirrahim…cinta tak kenal siapa kan…itu kata-kata yang aku rasa dapat dikaitkan dengan entry bergambar kali ni…Mereka berdua merupakan sahabat baik aku semasa berada dikolej kelima, upm. Cinta antara rahim atau nama glamer nye tobeng & balqis  berputik sejak zaman belajar lagi. Alhamdulillah…kini mereka disatukan…Aku telah diberi amanah untuk merakamkan detik² indah bagi majlis mereka. Korang layan dulu gambar² ni ek…

Apa yang menariknya, majlis akad nikah diadakan di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, dekat shah alam. Satu pengalaman baru bagi aku iaitu shoot majlis dalam bilik khas untuk akd nikah dekat pejabat tersebut. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan pengantin yang tak jemu-jemu memberikan sokongan kepada pengantin. Bayangkan masa tok kadi bagi khutbah pun pengantin laki kena kacau dengan kawan-kawan…memang happening..kekekkeke.

Nanti aku update gambar outdoor & majlis dorang kat johor pulak yer..tungguuuu 😉 kepada rahim & balqis, selamat melayari bahtera rumahtangga…hehe

notakaki 1 : aku dalam dilema ni…nak beli ke tak nak..haishhhh…!!!

notakaki 2 : MU di landasan tepat untuk kejuaraan keempat berturut-turut…. 😉

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://cotscreative.wordpress.com

Advertisements

JERJAK by Theater Group Fifth

March 15, 2010 at 3:04 pm | Posted in Event | 5 Comments

Bismillahirramanirrahim…dah dekat sebulan tak update dengan sebarang entry. Bukan malas tapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Maklumlah, hidup sebagai seorang pekerja gomen, felo sebuah kolej di upm, jurugambar & seterusnya merangkap seorang perantau…haha. Bayangkan dalam masa 2 minggu, aku kena pergi ke 3 buah negeri. Bukan dekat tapi jauh²…semalam pun baru sampai dari johor. Ni bukan mengeluh tetapi sebagai motivasi kepada diri sendiri sebab aku yang memilih untuk hidup seperti ini 😉

Oklah, berbalik kepada tajuk entry, kali ini aku berkesempatan untuk menghadiri persembahan teater dari pelajar Kolej Kelima UPM sempena pertandingan teater interkolej. Mesej yang hendak disampaikan melalui cerita ini cukup menarik. Sebelum terlupa, pada malam berkenaan, aku cuba mengambil gambar dengan menggunakan setting “high iso” iaitu dalam 4000-6400. Korang layan dulu gambar-gambar yang tak seberapa dari aku.

notakaki : epl tinggal 8 game je lagi..3 team masih berpeluang untuk juara…berdebar siot..glory glory man united 😉

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://cotscreative.wordpress.com

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.