MAJLIS PERKAHWINAN ANNE & HALIM

January 25, 2010 at 12:05 pm | Posted in Wedding | 14 Comments

Bismillahirramanirrahim…entry kali ni aku nak share serba sedikit gambar di Majlis Perkahwinan Anne & Halim yang berlangsung di Serting, Negeri Sembilan baru-baru ini. Ni first time aku shoot wedding kat nogori. Banyak pengalaman yang aku dapat sama ada semasa majlis atau sepanjang perjalanan ke sana.

Antaranya sepanjang perjalanan kesana, kitorang singgah kat tepi jalan untuk tanya arah. Orang sana kata “LIMO KANAN SATU KIRI”…Makna dia LIMA KILOMETER AMBIL SIMPANG KANAN & SATU KILOMETER LEPAS TU MASUK KIRI…Den pun poning & tak berapa paham lah loghat sano..Kawan aku si budak jawe dah siap gelak dah. Hampeh..nasib baik dia  paham. Besela..aku kan terengganu..mano nak paham sangat loghat sano…sikit² boleh laa..kekekeke..

Majlis Berinai kat kampung ni lain daripada beiasa. Apa yang lainnya?.. korang tengok gambar kat atas tu. Pengantin lelaki @ perempuan kena elak makanan yang hendak disuap kat mulut dorang. Kire elak untuk makan lah..hahaha.

Pada majlis ni aku jadi assistant kepada sahabat aku iaitu Acaii Jawe yang hensem bergaya…kekekeke. Kalau nak tengok full version majlis ni korang klik lah link kat nama dia tu. Thanks kepada pasangan & keluarga pengantin yang memberikan layanan terbaik kepada kitorang. Moga bahagia ke akhir hayat 😉

notakaki : tetiba aku teringat kampung halaman…

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://cotscreative.wordpress.com

ALAISYA SYAZWINA

January 14, 2010 at 10:02 am | Posted in potraiture | 28 Comments

Bismillahirramanirrahim…entry kali ni aku nak share sedikit gambar Alaisya Syazwina, iaitu anak kepada sahabat aku waktu sekolah dulu. Korang layan la dulu gambar-gambar ni ek…

Kali ni aku cuba try kaler warm skit…biasanya main kaler natural je..tak salah kan sekali sekala mencuba 😉

notakaki : minggu lepas aku ke Negeri Sembilan, minggu depan insyaALLAH kalau xde aral aku ke Johor pulak… 😉

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://cotscreative.wordpress.com

MAJLIS PERTUNANGAN MUMTAZAH

January 12, 2010 at 8:21 am | Posted in Engagement | 9 Comments

Bismillahirramanirrahim…moga sahabat semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Entry kali ni, aku nak share serba sedikit gambar Majlis Pertunangan Mumtazah @ Moon. Ni adalah job sahabat aku iaitu nanba, aku hanya jadi pembantu beliau je pada hari tersebut…korang layan la serba sedikit gambar pada hari tersebut..

Aku takde cerita minggu ni..so aku update gambar jela..boleh ke camtu..kekekkeke

nota kaki : aku dapat satu sms…” saya perlukan khidmat awak untuk untuk bantu MU capai kejuaraan musim ni” dari pak alex…aku pening untuk buat keputusan…

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://cotscreative.wordpress.com

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.