PINDAH RUMAH

August 19, 2010 at 5:13 am | Posted in Rencam | Leave a comment

Bismillahirramanirrahim… secara rasminya aku mengumumkan bahawa tidak ada sebarang update lagi di blog budak kampung selepas ini kerana aku akan berpindah rumah… sebarang entry baru akan update di blog baru… korang boleh KLIK untuk pergi ke blog baru aku 😉 InsyaALLAH kat sane nanti aku akan cuba untuk buat entry-entry yang berilmiah (kalau ilmiahlah..haha) untuk dikongsi bersama…sekian

KLIK


 

SETELAH SETAHUN MEMEGANG KAMERA ;)

December 29, 2009 at 4:33 pm | Posted in Rencam | 14 Comments

Bismillahirramanirrahim…ini adalah entry terakhir bagi tahun 2009… 😉

ALHAMDULILLAH…penghujung disember ni telah cukup setahun aku memiliki kamera @ DSLR sendiri. Sepanjang tempoh memegang kamera ini telah banyak yang aku pelajari. Terlalu banyak. Dari tak tahu apa-apa tentang aperture, shutter speed, iso, white balance dan lain-lain, sekarang aku sudah tahu serba sedikit tentang ilmu tersebut. Dari tidak ada keyakinan untuk mengambil gambar dihadapan orang ramai, kini aku sudah mula ade sedikit keyakinan dan kekuatan untuk mengambil gambar dihadapan orang ramai.

Dalam masa setahun ni la jugak aku mula mengenali rakan-rakan photographer yang pada mulanya hanya kenal di alam blog @ web @ forum  tapi kini mula menjadi rakan lepak @ minum @ ngeteh 😉 Mereka inilah jugaklah yang menjadi guru @ sumber rujukan aku. Antaranya ialah Acaii Jawe, Kerul, Zayd, Nanba, Zubir Juzad, Peveyhack, Azizil, Matranggie, Shairulfaiz, Shazli Shamsuddin,  Geng Bangi, Photographer² UPM, Photographer² Kolej Kelima & ramai lagilah yang menjadi rujukan aku.hehehe. Korang memang terbaik.

Teaser Majlis Pertunangan Moon, 25 Disember 2009

Tahun 2009 memang aku set untuk aku belajar sebab ini merupakan tahun pertama aku belajar ambil gambar perkahwinan. Disebabkan itulah aku banyak kali tag @ follow rakan-rakan aku. Dari situ aku banyak belajar selok belok tentang gambar perkahwinan. Walaupun aku set  2009 untuk belajar, tapi ada juga rakan-rakan yang berminat dengan hasil kerja aku. ALHAMDULILLAH… dengan izin Yang Maha Esa, aku telah selesaikan job tersebut. Thanks kerana percayakan hasil kerja aku. InsyaALLAH tahun 2010 yang bakal menjelang beberapa hari dari sekarang, aku akan bekerja dengan  lebih keras  lagi untuk bidang yang aku minat.

Ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada aku selama ni…Doakan aku berjaya 😉 Sebelum tu, teaser kat atas aku tunggu Official Photographer iaitu nanba update dulu..lepas tu baru aku update full entry..hehe..

nota kaki : peha aku injured akibat main bola petang semalam…nak luruskan kaki pun terasa sakit..huhu

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://cotscreative.wordpress.com

IQA : ULANG TAHUN PERTAMA

November 23, 2009 at 3:29 pm | Posted in Rencam | 7 Comments

Bismillahirramanirrahim…dah lame tak cerita tentang anak buah aku yang sorang ni kan…hehe..sebenarnya dah lame gambar ni, juz aku terlupa untuk share kat sini.. 😉 Buat pengetahuan semua, iqa menyambut ulang tahunnya yang pertama pada 25 september 2009 bersamaan hari raya ke-5…kalau sape² nak tau pasal iqa ni, korang KLIK kat sini..korang layan dulu gambar² ni ek..

Kalau korang nak tau..aku baru teringat psl gmbr yang aku shoot ni smlm..sbb? aku nak balik kampung minggu ni sempena raye haji…tengah² pikir pasal balik kampung baru teringat psl gmbr ni…hehehe..Salah satu yang best bile shoot iqa ni ialah dia suke buat mate bulat..besar pulak²..geram je aku tgk.. 😀 lagi satu dia suke pegang lens kmera aku, abis tinggal kesan cap jari..aku jugak yg kne lap…kekekke…aku rase entry aku kali ni lain macam je merepeknye…mood balik kampung kot..hahaha…Jumpa pada entry lain yer…

nota kaki : banjir di terengganu makin teruk..doakan rumah aku tak banjir tahun ni ek.. 😉

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.