SALAM AIDILFITRI

September 14, 2009 at 3:40 pm | Posted in Rencam | 18 Comments

Bismillahirramanirrahim…Tatkala aku menulis kat blog ni, kita semua sudah memasuki fasa terakhir ramadhan. Lebih kurang 5 hari lagi, kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Boleh dikatakan sekarang semua berada dalam mood raye. Dalam kepala semua dah igt raye..hahahha..Tapi tanpa kita sedari, makin hujung ramadhan, makin kurang jemaah berterawih disurau² @ masjid², sedangkan kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan di sepuluh malam terakhir ini… sebab ape kurang, korang semua ade jawapannya kan… 😀

Ketibaan satu Syawal adalah saat yang kita nanti-nantikan. Bukan kita sahaja yang nantikan ketibaan hari mulia ni, seluruh umat islam menunggu kehadiran syawal….Satu syawal adalah natijah untuk kita melahirkan kesyukuran atas segala kesempurnaan melalui ujian yang telah ALLAH turunkan kepada kita. Ia juga disebut hari kemenangan bagi umat Islam. Tetapi perlu diingat, dalam asyik kita membuat persiapan raya, janganlah kita membazir kerana diluar sana masih ramai insan yang kurang bernasib baik.


Penyeri entry kali ini adalah Nuraini Rasyiqah @ Iqa..Anak buah pertama aku..hehe..Dulu aku ade ceritakan kisah iqa kat SINI…saje aku letak gambar dia sebab pada 25 september nanti, dia akan sambut hari kelahirannya yang pertama…tahun lepas iqa lahir 5 hari menjelang raye…memang xberayelah akak aku tahun lepas..hehehe

OKlah..dikesempatan yang ada ni, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN  buat semua pembaca blog ni…terima kasih jua atas segala komen, kritikan, nasihat, kata² pembakar semangat dan bermacam² lagilah…moga aku trus maju dalam bidang yang aku minati ni…kpd yang nak balik kampung²..pandu berhati², ingat orang tersayang…Oh ye..lupe nak bagitau..aku beraya diTerengganu tahun ni..mwahahhahahha…

khas untuk semua pembaca blog aku…

nota kaki :mungkin ini adalah entry paling skema pernah aku post…haha

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.