SETELAH SETAHUN MEMEGANG KAMERA ;)

December 29, 2009 at 4:33 pm | Posted in Rencam | 14 Comments

Bismillahirramanirrahim…ini adalah entry terakhir bagi tahun 2009… 😉

ALHAMDULILLAH…penghujung disember ni telah cukup setahun aku memiliki kamera @ DSLR sendiri. Sepanjang tempoh memegang kamera ini telah banyak yang aku pelajari. Terlalu banyak. Dari tak tahu apa-apa tentang aperture, shutter speed, iso, white balance dan lain-lain, sekarang aku sudah tahu serba sedikit tentang ilmu tersebut. Dari tidak ada keyakinan untuk mengambil gambar dihadapan orang ramai, kini aku sudah mula ade sedikit keyakinan dan kekuatan untuk mengambil gambar dihadapan orang ramai.

Dalam masa setahun ni la jugak aku mula mengenali rakan-rakan photographer yang pada mulanya hanya kenal di alam blog @ web @ forum  tapi kini mula menjadi rakan lepak @ minum @ ngeteh 😉 Mereka inilah jugaklah yang menjadi guru @ sumber rujukan aku. Antaranya ialah Acaii Jawe, Kerul, Zayd, Nanba, Zubir Juzad, Peveyhack, Azizil, Matranggie, Shairulfaiz, Shazli Shamsuddin,  Geng Bangi, Photographer² UPM, Photographer² Kolej Kelima & ramai lagilah yang menjadi rujukan aku.hehehe. Korang memang terbaik.

Teaser Majlis Pertunangan Moon, 25 Disember 2009

Tahun 2009 memang aku set untuk aku belajar sebab ini merupakan tahun pertama aku belajar ambil gambar perkahwinan. Disebabkan itulah aku banyak kali tag @ follow rakan-rakan aku. Dari situ aku banyak belajar selok belok tentang gambar perkahwinan. Walaupun aku set  2009 untuk belajar, tapi ada juga rakan-rakan yang berminat dengan hasil kerja aku. ALHAMDULILLAH… dengan izin Yang Maha Esa, aku telah selesaikan job tersebut. Thanks kerana percayakan hasil kerja aku. InsyaALLAH tahun 2010 yang bakal menjelang beberapa hari dari sekarang, aku akan bekerja dengan  lebih keras  lagi untuk bidang yang aku minat.

Ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada aku selama ni…Doakan aku berjaya 😉 Sebelum tu, teaser kat atas aku tunggu Official Photographer iaitu nanba update dulu..lepas tu baru aku update full entry..hehe..

nota kaki : peha aku injured akibat main bola petang semalam…nak luruskan kaki pun terasa sakit..huhu

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://cotscreative.wordpress.com

MAJLIS PERKAHWINAN YANTI & ADI

December 15, 2009 at 12:03 pm | Posted in Wedding | 12 Comments

Bismillahirramanirrahim…lebih kurang 2 hari lagi kita semua akan menyambut ketibaan AWAL MUHARAM @ MAAL HIJRAH. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Jadi bermula saat itulah tahun Islam dipanggil Hijrah..tidak lagi Masihi.

Untuk entry kali ini, aku nak share serba sedikit gambar di sekitar majlis perkahwinan Yanti & Adi yang berlangsung di Banting…Ribuan terima kasih kepada Official Photographer iaitu Kerul Hensem kerana sudi ajak aku untuk sama-sama shoot pada majlis ini. Korang layan dulu gambar-gambar ni …

Ramai yang beranggapan bahawa kerja sebagai wedding photographer ni senang…habis je majlis terus setel kerja. Tetapi sebenarnya kerja ini masih berjalan atau belum sempurna selagi album belum siap. Selesai sahaja shoot, photographer perlu menjalankan kerja-kerja memilih gambar yang terbaik untuk dimasukkan kedalam album. Seterusnya menjalankan kerja-kerja editing. Nampak senang bukan. Tapi hanya orang yang mengalaminya sahaja faham akan situasi tersebut. Aku ada 2 3 orang kawan yang terpaksa bersengkang mata sampai lewat pagi semata-mata hendak menyiapkan album pelanggan.

nota kaki : kalau tak silap, dah 15 tahun xnaik basikal tua..tapi minggu lepas aku berjaya naik basikal² 😉 sayangnya xde gambar..huhu

MAJLIS PERKAHWINAN RAIHAN & FADZLI

December 7, 2009 at 1:57 pm | Posted in Wedding | 18 Comments

Bismillahirramanirrahim…untuk entri kali ini aku nak share serba sedikit tentang Majlis Perkahwinan Raihan & Fadzli yang berlangsung di Dewan Ideal UPM. Sebelum itu, baru-baru ini ada seorang kawan tanya aku tentang “TAG ALONG” ( dalam bahasa fotografi) @ bahasa mudahnya ikut kawan ambil gambar. Lebih kurang macam ni lah bunyinya ” apsal ko selalu ikut kawan pegi abik gambar. ape yang ko dapat r…mesti dapat penat je kan…ko bukan dapat duit pun..”

Aku jawab ringkas je…pengalaman adalah segalanya…hehehe…Bagi aku bila “tag along” ni, aku tak pernah berharap dapat apa-apa bayaran daripada orang yang kita ikut tu. Nak kata penat tu memanglah penat. Tapi apa yang utama adalah pengalaman yang kita dapat bagaimana untuk handle sesebuah majlis. Dari situ kita dapat belajar macam-macam benda. Bagi orang macam aku yang tak mampu nak pergi bengkel@seminar tentang fotografi ni, dengan cara tu jelah aku belajar 😉 Ape pulak pendapat korang yer…layan dulu gambar-gambar ni…


Official Photographer untuk event ni adalah sahabat aku,zubir…aku hanya pegi meyemak je sebab majlis ni dekat sangat dengan rumah aku…tak sampai 5 minit pun..dalam upm jugaklah..hehehe..seorang lagi yang ikut zubir pada hari kejadian adalah syereen…Bercerita mengenai majlis ni, memang best sebab pelamin dia cantik. Ditambah lagi dengan telatah DJ yang happening je + memainkan lagu-lagu yang syahdu je..bikin hati ini menyanyi bersama-sama…kekekekkeke…Untuk Outdoor pulak kitorang shoot dekat ladang upm…ladang yang sama dengan pkok paling femes kt malaysia ni ( ye kot ) tapi tak gunakan pun pkok tu..sebab pada hari kejadian ada 2 lagi pengantin lain yang sedang tunggu turn untuk shoot dekat pokok tu..hehehe..

Untuk event ni 90% aku gune lens 17-55…hehe..Buat Raihan & Fadzli, moga berbahagia ke akhir hayat 😉

nota kaki : sekarang musim sakit mata..jaga kesihatan ye kawan² 😉

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.