TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

March 18, 2009 at 10:22 pm | Posted in People | 7 Comments

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925, juga digelar sebagai “Dr. M” dan nama penanya Che Det adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City CentreMenara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). (KLCC),

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”, negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Karangan kt atas aku copy dari encik wikipedia..hahhaha…pada minggu lepas aku berasa amat bertuah kerana dapat bersua muka dengan mantan perdana menteri Malaysia yang keempat dalam satu diskusi tertutup. Bagi aku, beliau adalah pemimpin yang cukup cemerlang.  Dalam diskusi tersebut, beliau cukup tenang dan tabah menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan walaupun pada hari tersebut beliau tidak sihat.  Ok la aku xreti sangat nak mengarang ni…nanti asyik mengarut je…kat sini aku share beberapa gambar yang sempat aku shoot… 😀

nota kaki : aku cuba yang terbaik untuk dapatkan gambar2 ni kerana tempat  diskusi terlalu terhad, tiada ruang untuk bergerak bebas…ceewaaahhh…lagipun aku xde tele, aku gune kit lens aje maaa….hehehhe.

Advertisements

7 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. perrghhhhhh, amik gambar tun tu..:) aku mmg admire kat dia dari dulu lagi cot..:) even masa orang gelar dia bukan2 dulu,hehe..pernah salam dia 2 kali..cukuplah tu,keke

  2. ok lah gambar ko nih..cahaya semua cukup..gambar untuk berita ni kena jelas sharp dan terang..:) tak perlu nak fancy2 sangat,hehe..

  3. acai : ade pluang cai..aku shoot jelah..tp mmg best jumpe tun..byk yg beliau share..hehhehehe…tenkiu cai…

  4. Dr M mmg idola aku r cot..bertuah la ko dpt shoot dia dekat²..btw, ur pic dh terang ni cot..lagi umphh lagi kalo dia pandang tepat kat lensa ko kan..hehe

  5. kerul : 2la psl…aku dh cuba dptkn moment2..tp xpandang2..xpela..bkn rezki aku kot..huhuhu…pe pon thanks…nnti nk ajk tag bgtaw r…hahaha

  6. Hellemmek bro.. jumpe mahathir tuh.. terbaekk la..!!

    p/s: ape dia address flickr lu ek?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: