OUTDOOR YUSRI & ENA
July 7, 2010 at 8:56 am | Posted in Wedding | 7 CommentsBismillahirramanirrahim…moga kalian masih berada dalam keadaan sihat walafiat & masih boleh menjalani kehidupan sebagai seorang hamba-NYA…seperti yang telah dijanjikan pada entry lepas, kali ni aku nak share gambar outdoor sempena Majlis Perkahwinan Yusri & Ena…
Sebelum tu aku nak share serba sedikit tentang isu “Kenapa Wedding Photographer Mahal”…aku ambik point ni dari blog sahabat aku iaitu Acaii Si Budak Jawe…antara point yang sahabat aku ni bagi adalah seperti berikut…
- KOS TETAP : Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer aku kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, beg, kos selenggara dan sebagainya.
- KOS MASA BEKERJA : Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?
- KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
- KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ’skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?
*point2 diatas adalah pendapat peribadi penulis iaitu sahabat aku…korang boleh klik link yang aku bagi tu untuk baca full entry tentang masalah ini
aku harap benda ni dapat bagi guideline kpd sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan
notakaki : aku demam dh 4 hari…sekarang pun suara masih serak lagi..huhu
Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : http://cotscreative.wordpress.com
7 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a Reply
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.









Wah~ Post kocot yg nie ar yg plg informatif~ Gud! T bwatla sticky ntuk post nie =)
Comment by Faer— July 8, 2010 #
salam pa’an..
ni aku copy paste dr blog kawan aku..
tu sume point dia..
aku juz share je..
hehehe…
Comment by :: Budak Kampung ::— July 8, 2010 #
Mekasseyh tlg share =)
Comment by Faer— July 8, 2010 #
cot..ni abg ko ek..
sebjik cam ko bila dewasa kelak..hehe
Comment by Kerul Shukor— July 9, 2010 #
mwahahaha..
hampeh ko kerul..
ha’ah..abg aku ni..
ssh woo shoot abg sndri..
kekkke
Comment by :: Budak Kampung ::— July 10, 2010 #
~ Ohh, disini juga ada diceritakan KOS kenapa mahal tu..
Picts anda sgt hebat, confirm clients xkan bising apa pasai mahal nnt..
(,”) Merci..
Comment by GLizZY— August 8, 2010 #
waaa…
tq singgah sini…
gmbr saya bese² jela..
psl kos tu sy sopy dr blog acaii je..
hehhee…
btw..
tq ya..
gmbr anda cantik²
Comment by :: Budak Kampung ::— August 9, 2010 #