CERITA RAYA AIDILADHA
December 1, 2009 at 12:43 pm | In event | 19 CommentsBismillahirramanirrahim…hari ni kembali ke kantor…mood raye masih lagi kat kampung…nak buat keje pun berat je…so aku nk share gambar² wajib mase raye aidiladha@raye haji ni…kekkekekkee…aku rasa gambar lembu kena sembelih ni mmg ramai yang ade…kecuali bagi mereka² yang terlepas upacara penyembelihan ni….hahahha….cuma yang bezanya gambar antara photographer² ni adalah angle & moment..lain tempat lain lah gambarnye kan…tapi subjeknye cuma satu iaitu lembu kena sembelih…korang layan dulu gambar² ni…
Pada hari tersebut, aku banyak buat keje² melapah daging daripada ambil gambar sebab aku tengok kesian pulak geng² tua@orang² lame yang buat keje…orang² muda kat kampung aku xramai yang balik tahun ni..so gambar² ni aku shoot wide je…xsempat dah nak cari angle² pelik @ yang sewaktu dengannya…hehehe…masa aku shoot adegan lembu lembu kena sembelih, xpasal² lens + muke aku kena percikan darah..huhu…siap kena gelak lagi kat bebudak kampung aku…cisss sungguh…kekekkekeke..tapi adatlah kan..sembelih lembu, mesti main dgn darah punye…
kat kampung aku, acara penyembelihan dijalankan pada hari jumaat & sabtu…so korang jangan peliklah kenapa gambar² aku ni ade yang langit biru & ade yang x…hehehhee
nota kaki : berat badan aku makin naik…ape citer ni….
IQA : ULANG TAHUN PERTAMA
November 23, 2009 at 3:29 pm | In campur-campur | 5 CommentsBismillahirramanirrahim…dah lame tak cerita tentang anak buah aku yang sorang ni kan…hehe..sebenarnya dah lame gambar ni, juz aku terlupa untuk share kat sini..
Buat pengetahuan semua, iqa menyambut ulang tahunnya yang pertama pada 25 september 2009 bersamaan hari raya ke-5…kalau sape² nak tau pasal iqa ni, korang KLIK kat sini..korang layan dulu gambar² ni ek..
Kalau korang nak tau..aku baru teringat psl gmbr yang aku shoot ni smlm..sbb? aku nak balik kampung minggu ni sempena raye haji…tengah² pikir pasal balik kampung baru teringat psl gmbr ni…hehehe..Salah satu yang best bile shoot iqa ni ialah dia suke buat mate bulat..besar pulak²..geram je aku tgk..
lagi satu dia suke pegang lens kmera aku, abis tinggal kesan cap jari..aku jugak yg kne lap…kekekke…aku rase entry aku kali ni lain macam je merepeknye…mood balik kampung kot..hahaha…Jumpa pada entry lain yer…
nota kaki : banjir di terengganu makin teruk..doakan rumah aku tak banjir tahun ni ek..
MAJLIS PERSANDINGAN SYUHANA & HISYAM
November 3, 2009 at 4:22 pm | In wedding | 19 CommentsBismillahirramanirrahim…untuk entry kali ni aku nak share tentang majlis persandingan pasangan ni pulak..Majlis berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam. Ni merupakan kali pertama aku shoot kat dewan yang agak besar mcm ni…mencabar jugak lah nak shoot..hehehe…
Memang meriah majlis ni dgn kehadiran tetamu yang sangat ramai…Untuk tengok gambar² lain korang boleh tgk dekat blog incik acaii selaku OP untuk event ni dan juga blog rakan² yang turut sama pada hari kejadian iaitu kerul, sharul faiz & awe…layan la skit lagi gambar ni…
nota kaki : xlame lagi cuti sekolah…
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.





























